SULTAN IBRAHIM DISAMBUT DALAM SUASANA MERIAH OLEH RAKYAT JELATA DI MERSING
Lebih 3,000 rakyat di daerah Mersing menyambut ketibaan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam suasana cukup meriah.
Baginda Tuanku Sultan berangkat tiba di Stadium Mersing bagi majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Daerah Mersing dan Kota Tinggi, hari ini (7 Disember).
Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.
Sakdiah Abd Rahman, 65, yang pertama kali hadir majlis berkenaan teruja melihat sambutan rakyat bersama Baginda Tuanku Sultan.
“Menjunjung kasih DYMM Sultan Johor kerana menjemput kami rakyat ke majlis ini.
“Sesungguhnya patik amat bertuah kerana Baginda adalah seorang Sultan yang amat dekat dihati rakyat. Patik mendoakan Tuanku Sultan dipanjangkan umur serta sentiasa dikurniakan kesihatan baik,” katanya.
Majlis turut dihadiri, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri; Datin Paduka Hazlina Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi dan Mohammed Shakib Ali, Pegawai Daerah Mersing.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
Ещё видео!