Pulau Perhentian adalah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika atau 19 km ke Timur Laut Kuala Besut negeri Terengganu, Malaysia, ia diletakkan dibawah pentadbiran Majlis Daerah Besut.
Memiliki gugusan pulau iaitu Perhentian Besar, Perhentian Kecil, Pulau Susu Dara dan beberapa pulau kecil lain sekitarnya. Pulau ini pada awalnya tidak memiliki nama yang khusus. Ia telah dijadikan sebagai tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara. Disebabkan sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran berlindung dari angin kencang dan ombak besar, maka ia telah dinamakan Pulau Perhentian.
Keluasan keseluruhannya Pulau Perhentian adalah 1, 392 hektar. Manakala dari Kuala Besut anda boleh menaiki bot laju atau feri yang banyak ditawarkan oleh agensi pelancongan untuk ke Pulau Perhentian. Kepelbagaian aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk snorkeling, soating, perkhemahan dan melihat penyu bertelur. Maka tidak hairan jika Pulau Perhentian menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti scuba diving dan sijil yang dikeluarkan adalah diiktiraf di peringkat dunia.
Jangan lupa visit to Terengganu nanana ganu kiter
Inilah klip video yang sempat dirakam semasa berkunjung ke Taman laut Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
banyak lagi tempat yang menarik yang ada disitu. InsyaAllah jika berkesempatan akan pergi lagi, best sangat.
Jom pakat2 gi ganu kiter.
Ещё видео!