Hari Kiamat (Yaumul Qiyamah : Hari Kebangkitan ) ialah janji Allah SWT yang akan menghancurkan alam ini pada waktu yang telah ditetapkan. Sesungguhnya hari kiamat adalah suatu kepastian yang dinafikan oleh orang kafir. Pada hari kiamat, tiada makhluk pun yang akan terselamat kerana langit akan jatuh, gunung menjadi debu dan manusia bagai anai-anai yang tidak mampu melakukan apa-apa.
Oleh itu, BADAR SMSTJ mengajak semua yang menonton video ini agar terus istiqamah dalam beribadah dan diberikan kesempatan dalam menguatkan ummah. Dakwah kami melalui video hanyalah dengan niat mahukan kesedaran dan keinsafan dalam diri yang menonton. Video hanya gambaran semata-mata dan jauh berbeza daripada hari kiamat sebenar yang lebih dahsyat dan menjadi bukti kekuasaan Allah terhadap orang yang mendustakan ayatnya.
Semoga video ini dapat memberikan keinsafan dan kesedaran untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada Allah.
Instagram ; @badar_smstj
Twitter : @badar_smstj
Blog : [ Ссылка ]
Gmail : badarsmstj@gmail.com
Teruskan menyokong usaha dakwah kami. Semoga Allah memberkati usaha kita.
Jazakallahu khairan.
Ещё видео!