Resepi seri muka durian
Bahagian atas
1 cawan isi durian
1 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
3 cawan santan pekat
1 biji telur sedikit pewarna kuning
bahagian bawah
2 1/2 cawan santan
2 1/2 cawan pulut (direndam 3 jam)
sedikit garam⁵
1 helai daun pandan
2 sudu tepung gandum( untuk tooeng)
1.masukkan pulut,santan dan garam kedalam loyang.letak daun oandan dalam loyang pulut dan kukus sehingga pulut masak
2.Apabila pulut masak tekan kedalam loyang yang telah di lapik plastik
3.Bancuh 2 sudu tepung dengan sedikit air dan sapukan diatas pulut.kukus selama 5 minit.
4.Unruk bahagian atas masukkan santan,tepung gandum,tepung kastad,telur kedalam mangkuk adunan.
5.Kacau sehingga sebati dan tapiskan
6.Blender adunan bersama durian dan gula.
7.Taruh pewarna kuning.
8.Masak adunan diatas api sehingga pekat sedikit
9.Kemudian tuang adunan kedalam loyang yang ada pulut dibahagian bawah.
10.Kukus selama 30 minit.
11.Sejukkan kemudian baru potong.
Ещё видео!