Dalam episod khas bahagian 2 ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa kita menyelami pelbagai aspek perjalanan hidup dan pandangan politiknya. Bermula dengan cerita awal bagaimana beliau pernah berniaga belon di sekolah, hingga perjalanan hidup yang tidak disangka membawa beliau menjadi Perdana Menteri. Tun juga berkongsi pandangannya tentang isu besar seperti rasuah, sistem pendidikan, dan pembangunan bangsa, serta apa yang masih ingin beliau lakukan sekiranya diberi peluang. Tidak ketinggalan, beliau turut menyentuh perasaannya apabila dasar pentadbiran berubah selepas beliau meletak jawatan, serta pandangan ikhlas beliau terhadap masa depan negara dan bangsa.
00:00 Intro
01:15 - Saya Pernah Berniaga Belon Dulu
03:43 - Ibu Bapa Saya Tidak Pernah Memihak Kepada Saya
07:19 - Saya Tidak Pernah Sangka Akan Jadi Perdana Menteri
14:34 - Hasrat Saya Nak Jadi Perdana Menteri 18 Tahun Sahaja Tapi..
18:45 - Saya Risau Dengan Sistem Pelajaran
21:23 - Penghalang Kemajuan Negara Adalah Rasuah
24:29 - Saya Masih Ada Banyak Idea Pembangunan
28:23 - Saya Sedih Melihat Bangsa Saya Ketinggalan Sedangkan Mereka Mempunyai Kebolehan
33:02 - Dasar Pentadbiran Berubah Selepas Saya Letak Jawatan
36:30 - Kalau Orang Lupa Saya Lepas Saya Meninggal Pun Tidak Apa
Jika anda berminat untuk menaja podcast kami atau mahu berkolaborasi, sila hantarkan email ke hello@syok.my atau WhatsApp ke 012-2494632.
Ещё видео!