SEPANG, 11 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysa (PDRM) akan terus mempertingkatkan kawalan dengan bertugas 24 jam sehari bagi menggekalkan keselamatan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Panglima Briged Ke Sebelas Infantri Malaysia (11 Bgd), Brigedier Jeneral Norsham Md Tap berkata, penugasan ATM adalah untuk membantu PDRM dengan menempatkan 6 pos bagi mengawal lebih ketat pergerakan keluar masuk penduduk di kawasan PKPD ini.
“Manakala kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah dan majlis perbandaran adalah sangat baik,
“Begitu juga dengan agensi-agensi yang lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjalan dengan begitu lancar,” katanya kepada Air Times ketika ditemui di PKPD Medan 88, Bandar Baru Salak hari ini.
Menurut Norsham, kerjasama dengan masyarakat setempat juga sangat baik ketika ini, demi keselamatan diri dan keluarga mereka.
“Kita (pihak berkuasa) perlu memberi nasihat kepada masyarakat yang berada dalam PKPD ini agar turun membuat saringan COVID-19,
“Secara umumnya masyarakat sudah faham dengan saringan ini, yang agak keberatan untuk turun membuat saringan ini mungkin mereka ragu-ragu dan takut,
“Di sinilah peranan agensi-agensi lain seperti Jabatan Penerangan Malaysia yang akan memberi panduan dan maklumat serta memujuk mereka untuk turun membuat saringan COVID-19 bagi menggelakkan penularan,” ujarnya.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi ini akan bermula 12 November sehingga 25 November ini.
“Terdapat 39 kes direkodkan sehingga 5 November lalu. Perintah ini akan melibatkan 88 unit rumah kedai dan 284 premis,
“Perintah yang dikenakan di kawasan yang mempunyai kepadatan 800 orang penduduk ini dibuat bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan saringan secara bersasar,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut melakukan lawatan bagi melihat pelaksanaan PKPD kawasan tersebut pagi tadi. -airtimes.my
#PKPD #Medan88 #KKM #ATM #PDRM #COVID19 #AirTimes
Ещё видео!