Seramai 59,232 orang mangsa banjir di Kelantan telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
Sementara itu, portal Jabatan Pengaliran dan Saliran melaporkan beberapa sungai utama di Kelantan telah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini, antaranya Sungai Lanas di Jeli dengan bacaan 28.78 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.17 m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (5.58 meter), Sungai Golok di Kampung Jenob (28.79 m) dan Sungai Sokor di Kampung Sokor (33.92 m).
Sumber video: [ Ссылка ]
Ещё видео!