YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Dengan tema “MADANI di hati, rakyat disantuni”, program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada rakyat agar lebih memahami usaha-usaha dan inisiatif Kerajaan MADANI, serta usaha reformasi perkhidmatan awam yang telah diterjemahkan untuk manfaat secara langsung kepada rakyat.
Terlebih dahulu YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri telah meluangkan masa singgah di Reruai MOSTI bersama-sama YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
.
#mosti #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #MengarusPerdanakanInovasi #MOSTIluarbiasa #TaatSetia #2TM
Ещё видео!