Hi... Apa Khabar?
Hari ini Uchi nak share petua dapur; Cara nak kurangkan pedas cili kering.
Petua ni untuk orang yang tak boleh makan terlalu pedas dan juga untuk hasilkan cili kisar yang sedap.
Sebenarnya, ada pelbagai jenis cili kering. Ada yang pedas biasa-biasa, ada yang pedas extra dan ada yang extremely pedas. Ada yang kata, cili kering yg leper kurang pedas, yang kerinting extra pedas. So terpulang nak beli yang mana.
Tapi,
Kadang kita tak ada pilihan, contohnya masa PKP ni. Apa yang ada kita beli je lah (Dah kena beratur panjang nak masuk kedai kan?ehehehe) . Bawa balik, guna untuk masakan, huiiii...pedas berdentum tak boleh bawa bincang.Dah beli banyak takkan nak buang kan? So Uchi share petua nak kurangkan pedas cili kering.
Caranya ada dalam video.
Yang pedas gila tu bukan sebab biji cili, tapi membran tempat cili melekat -lekat tu. So belah cili dan remove membran tu.
Tapi nanti ada yang cakap, dah buang membran dan biji tu, cili dah langsung tak pedas ke?
Ehhh..still pedas u ols.Tapi very mild dan sedap. Uchi dah try masak guna cili yang dah proses dengan petua ni. Sedap..!
Selamat mencuba.
Jangan lupa subscribe Uchi world. Terima kasih.
Ещё видео!