#KEPIMPINAN
EMPAT FOKUS UTAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) YANG PERLU DIGERAKKAN PADA TAHUN 2023
1. Merakyatkan peranan APM bersesuaian dengan fungsi asas APM iaitu melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
2. Memperkasa peranan APM dalam fungsi pengurusan bencana sebagai tonggak gerakan di akar umbi bersesuaian dengan peranan sebagai urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JKPB) di peringkat daerah dan negeri.
3. Memperkukuh organisasi APM di semua peringkat termasuk menambah baik skim perkhidmatan. APM merupakan sebuah pasukan yang mempunyai pengiktirafan di peringkat antarabangsa melalui International Civil Defense Organization (ICDO) yang berpusat di Geneva pada tahun 2010.
4. Mempertingkatkan keupayaan kemahiran dan pemilikan aset APM. Antara fokus utama adalah melonjakkan keupayaan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang ditubuhkan bagi melaksanakan tugas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara lebih sistematik dan efisyen.
@armizan_official
@jabatanperdanamenteri
#APM
#APMsanasini
#SediaPantasBerintegriti
#CDERT
#CDERTcommunity
#resQ999
Ещё видео!