GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai Julai
Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.
“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Geran Khas Prihatin 4.0 untuk makluman bersama.
Jumlah & Tarikh Bayaran GKP 4.0
Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).
Tarikh Permohonan Baharu
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 masih belum diumumkan oleh LHDN secara rasmi.
Namun, antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin sebelum ini adalah seperti berikut:
1 Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
2 Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
3 Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
• i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
• ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
4 Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
• i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
• ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5 Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
i-Citra
Kemudahan Kewangan Tambahan Kepada Ahli Yang Terkesan
Last updated : 28 Jun 2021
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50
Soalan Lazim
1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
2. Siapakah yang layak memohon?
i Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
ii Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?
Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
i Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
ii Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
iii Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
iv Bayaran minimum adalah RM50
v Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
vi Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
5. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?
Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.
6. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
7. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
8. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
9. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.
10. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
11. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?
Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra. Rujuk kelayakan memohon di soalan 2.
12. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
i i-Akaun (Ahli)
ii Aplikasi mudah alih i-Akaun
iii Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
13. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:
i Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
ii Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
iii Media sosial rasmi KWSP
iv Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Ещё видео!