Parti Warisan mengesahkan pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama Umno Sabah mengenai kemungkinan akan menjalin kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perbincangan itu diadakan antara beliau bersama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bagaimanapun beliau berkata tiada keputusan rasmi dibuat oleh majlis tertinggi kedua-dua parti setakat ini berhubung kerjasama itu.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan walaupun tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri sekarang adalah pada Oktober 2025.
Wartawan: Nyna Rauf (farina.rauf@thestar.com.my)
Videografer/Visual Editor: Raja Amir (raja.amir@thestar.com.my)
Penerbit: Liza Hasan (lizahasan@thestar.com.my)
LIKE, FOLLOW, SUBSCRIBE! @majoritiofficial
[ Ссылка ]
Berita terkini di: [ Ссылка ]
Media Sosial:
FACEBOOK: [ Ссылка ]
INSTAGRAM: [ Ссылка ]
TIKTOK: [ Ссылка ]
TWITTER: [ Ссылка ]
TELEGRAM: [ Ссылка ]
LINKEDIN: [ Ссылка ]
#majoritiofficial #malaysia #beritaterkini #umno #sabah #warisan
Ещё видео!