BUTTERWORTH, 11 Sept -- Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.
Lim, 60, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
[ Ссылка ]
Ещё видео!