Menjelang penghujung Ramadan, menjadi tradisi masyarakat Melayu memasang lampu pelita.
Kemeriahan malam 7 likur yang disambut pada 10 malam terakhir Ramadhan lebih-lebih lagi pada malam ke-27 Ramadan iaitu dua atau tiga hari sebelum menjelang hari raya akan diterangi dengan pelbagai pelita panjut sama ada diperbuat daripada buluh atau pelita minyak.
Dahulu penduduk kampung tiada lampu jalan dan hanya menggunakan lampu suluh atau pelita untuk keluar ke masjid dan ke kedai. Pada malam 7 likur, Pelita panjut dipasang bagi memudahkan orang kampung yang mahu meningkatkan ibadah di masjid pada 10 malam terakhir yang terkandung malam lailatul qadar.
Ещё видео!