#BuletinBernama : Penutupan sekolah di seluruh negara dibuat berdasarkan analisis data kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan murid, guru serta warga sekolah yang semakin meningkat ketika gelombang ketiga COVID-19.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin berkata data kementerian mendapati kehadiran murid ke sekolah akan terjejas apabila terdapat kes positif di sesuatu kawasan, walaupun terletak di negeri tidak mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi.
Ещё видео!