Usaha menyelamat mangsa banjir luar biasa yang melanda Selangor, tahun lalu mengalami kelewatan disebabkan beberapa kekangan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata kekangan itu antara lain meliputi faktor keengganan mangsa banjir untuk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dikatakan jauh dari kediaman mereka dan khuatir rumah dimasuki pencuri.
Selain itu, katanya, mangsa banjir memaklumkan petugas misi penyelamat yang bergegas ke kawasan dinaiki air bahawa mereka ingin menyelamatkan harta benda masing-masing pada malam pertama bencana berkenaan melanda Selangor.
"Berikutan itu, bila paras air naik mendadak, mereka terperangkap dan perlukan pertolongan segera, tetapi kerja menyelamat menjadi sukar kerana banyak kenderaan yang tenggelam menghalang jalan.
"Justeru, petugas penyelamat sukar untuk masuk ke kawasan perumahan (dinaiki air) sehingga ada aset yang terpaksa dipikul," katanya pada sidang khas Parlimen, hari ini.
[ Ссылка ]
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@berita_harian
Ещё видео!