Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Kilometer 16, Jalan Serian-Kuching, awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Bingkok John dalam kenyataannya berkata, mangsa yang memandu Kenderaan Pelbagai Guna, MPV dikenal pasti sebagai Hii Ting Kiong, 28 tahun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 minit pagi itu, mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Serian menuju ke Kuching.
Ketika tiba di lokasi kejadian, MPV dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri sebelum melanggar sebuah rumah.
Akibatnya mangsa yang cedera di kepala dan putus kaki kanan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41, Kurungan Satu, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ещё видео!