Join "Membership" APHD Channel dan pilih "Exclusive video" untuk mendapatkan akses video eksklusif
JOIN NOW
► [ Ссылка ]
Anda juga boleh download Mobile Apps APHD Channel dan langgan "subscription" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" , Tanpa Iklan dan Early Access
DOWNLOAD NOW
► [ Ссылка ]
_______________
Dari Malaya ke Malaysia & Perjanjian Malaysia MA63.
Pada 27 Mei 1961, di hadapan ahli Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara, Singapura, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, mengumumkan akan terbentuknya satu gagasan lebih besar, merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Selepas itu, pelbagai reaksi ditunjukkan mengenai gabungan itu oleh masyarakat dan pemimpin, termasuklah juga beberapa penentangan kepada idea tersebut.
Namun akhirnya, matlamat merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia berjaya pada tahun 1963, dengan proses serta langkah yang tersusun dengan pelbagai siri rundingan oleh pemimpin-pemimpin yang hebat. Pembentukan cadangan Persekutuan Malaysia ini juga adalah hasil kebangkitan politik di Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua, menyebabkan negara-negara di rantau Asia mula menuntut kemerdekaan.
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London oleh 5 pihak, iaitu "United Kingdom of Britain dan Nothern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura" adalah dokumen sah di peringkat antarabangsa, yang membawa kepada penubuhan Malaysia.
Jadi dalam video kali ini kita akan melihat tentang penubuhan negara Malaysia, dan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai dokumen terpenting pembentukan Malaysia.
Ещё видео!