Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tidak menjadi kesalahan untuk Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut DAP memohon maaf kepada parti itu.
Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengakui ia akan menjadi suatu perkara yang baik sekiranya DAP dapat menyahut seruan Ketua Pemuda UMNO itu.
Apa pun, beliau berkata isu desakan permohonan maaf oleh DAP kepada ahli UMNO yang dilontarkan Pemuda UMNO kelmarin tidak seharusnya dijadikan polemik sehingga berupaya menjadi sebab keretakan Kerajaan Perpaduan.
Meskipun masing-masing boleh menyampaikan pandangan serta penilaian, katanya pada masa sama ia juga mestilah mengambil kira kedudukan UMNO dalam kerajaan ketika ini.
Beliau berkata ketika ditemui media pada sabtu.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pusat Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 serta beramah mesra dengan pengamal media.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan dasar ketua sayap itu kelmarin menggesa supaya DAP memohon maaf kepada ahli UMNO atas tohmahan yang mereka sampaikan kepada parti itu sebelum ini.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
Ещё видео!