Jabatan Perkhidmatan Veterinar JPV dan Jabatan Perangkaan DOSM, dipertanggungjawabkan mengumpul data berkaitan bekalan ayam.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata ia bagi memastikan kawalan keselamatan makanan diuruskan secara teratur.
JPV diberi masa seminggu untuk mencadangkan corak pengurusan data pengeluaran ayam dan import ayam, selain mesti mempunyai data terkini mengenai rekod import permit bagi mengetahui jumlah import ayam.
Menurut beliau, tanpa data jelas, isu keselamatan makanan tidak dapat diuruskan dengan komprehensif.
Dasar mengenai import dan eksport ayam bulat termasuk harga minyak masak yang ditetapkan buat masa ini akan dikekalkan sehingga JPV dan DOSM menguasai pengurusan data dengan lebih teratur.
Ещё видео!