Projek Taman Tugu yang diterajui Khazanah Nasional Berhad, Khazanah bakal menjadi sebuah taman bertaraf dunia, setanding dengan taman lain di seluruh dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, apabila projek berkenaan siap nanti, ia bukan sahaja menjadi simbol sejarah, malah sebuah transformasi kepada negara bagi mencapai status negara maju.
Kata Datuk Seri Najib, taman itu bakal menjadi taman riadah yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk rakyat untuk mewujudkan sebuah taman rimba tropika di tengah-tengah ibu kota.
Rakyat juga diberi peluang untuk memberi idea terhadap projek yang akan dimulakan tidak lama lagi itu.
Projek menelan belanja RM2.1 bilion itu dijangka siap 2018 untuk fasa pertama di atas tanah seluas 27 hektar.
Ещё видео!