Seorang pemandu kereta merempuh pam minyak di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Damansara-Puchong, Kuala Lumpur, malam tadi
Pasukan bomba bertindak segera membersihkan minyak bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 12.13 tengah malam tadi.
Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun dikejarkan ke lokasi kejadian di Stesen Petronas Lebuhraya Damansara-Puchong.
Hasil siasatan, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes telah merempuh salah satu pam minyak di stesen berkenaan.
Operasi pembersihan tamat pada 12.49 tengah malam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Ещё видео!