Mencari tempat makan nasi kandar di Ipoh?
Ipoh adalah ibu negeri di Perak yang mempunyai pelbagai tarikan, terutamanya tempat makan menarik. Sebut sahaja tempat makan apa yang dicari, dari sarapan pagi ke makan malam, semuanya ada.
Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Kami yakin anda pasti tahu dan pernah terdengar nama restoran ini. Memulakan perniagaan dari Ipoh, kini restoran ini mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia, memang terserlah popularitinya.
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.
Selain dari bungkus, pelanggan juga boleh memilih untuk makan di sini. Pada kebiasaannya, kedai ini akan mula dipenuhi pelanggan seawal 11 pagi hinggalah kepada waktu makan tengahari. Di sini kita boleh lihat pelbagai jenis bangsa sedang menjamu Nasi Vanggey. Bagi sesiapa yang tak gemarkan makanan pedas, mungkin Nasi Vanggey di sini bukanlah pilihan buat mereka.
📍Restoran Nasi Vanggey
1, Persiaran Greentown 5, Green Town Business Centre, 30450 Ipoh, Perak.
#RestoranNasiVanggey #NasiVanggey #nasikandaripoh #visitipoh #nasikandar #makannasikandar #nasikandarsedap #lunch #dinner #jjcm #nasikandarhunters #foodhunter #travelblogger #foodreview #foodie #MYfoodie #malaysianfood #feedfeed #foodblog #foodshare #foodporn #foodie #foodiegram #instafood #malaysianfood #malaysiafoodie #nasiganja #thehungryfoodie #vacation #travelblogger #happy #staycation #shorttrip #foods #tempatmakanterbaik #tempatmakansedap #tempatmakantiptop #tempatmakanpadu #tempatmakanbest #tempatmakanmalaysia #malaysiafoodstagram #tempatmakanviral #singgahmakan #myfoodiesharing #myfoodie #travelphotography #Hospitality #Hotel #Agoda #Expedia #Trivago #Traveloka #Resort #Booking #Travel #holiday #accomodation #rooms #agency #airbnb#instatravel #travelgram #instagood
#tourism_malaysia #domestictravel #malaysiatrulyasia #destinationipoh #tempatmakan #PilihanTerbaikTravellers
🌟My channel are base on how make money on youtube. Every video might not the same but somehow all video has one purpose. How to make money with it.
Ещё видео!