904 pengembara ke Malaysia positif Covid-19..
[ Ссылка ]
SERAMAI 106,793 pengembara tiba di Malaysia sehingga semalam, dengan 904 daripadanya disahkan positif Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 904 kes yang dikesan, tiga tertinggi membabitkan 295 kes (32.6 peratus) dari Indonesia, diikuti Mesir dengan 93 kes (10.3 peratus) dan 70 kes dari Singapura (7.7 peratus). Menurut beliau, Malaysia akan terus memperketatkan aktiviti kesihatan awam yang dijalankan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara bagi memastikan jangkitan Covid-19 di luar negara dapat disekat. "Trend jangkitan Covid-19 di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa dipantau rapi bagi memastikan tindakan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan dalam negara segera diambil. "Kawalan di PMA negara dipertingkatkan yang mana semua pengembara yang tiba di PMA akan melalui proses saringan kesihatan, pengambilan calitan bagi ujian Covid-19, memuat turun aplikasi MySejahtera dan menjalani kuarantin di stesen kuarantin selama 14 ...
Ещё видео!