PEMANDU HONDA MABUK SEBABKAN KEMALANGAN DIMARAHI ORANG AWAM
Seorang pemandu disyaki mabuk telah ditahan oleh orang awam kerana menyebabkan kemalangan hingga berlaku kematian.
Dalam video yang tular, pemandu terbabit disoal oleh seorang lelaki yang berang dengan tindakan pemandu mabuk itu sambil dikerumuni orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
Sambil meminta maaf, dia ditenangkan oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya kerana provokasi yang dibuat oleh lelaki berkenaan.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian namun perbuatan pemandu tersebut yang memandu dalam keadaan mabuk sangat tidak dapat diterima oleh orang ramai.
Ещё видео!