Assalamualaikum,hye semua...Sempena hari raya haji yg kita akan sambut lebih kurang seminggu je lagi, Dayang suka untuk kongsikan resepi Daging Masak Beriani yg sgt sedap dan senang je cara nk memasaknya...
Masakan ni sangat istimewa kerana kuahnya yang pekat seakan akan kuah kari, tetapi rasanya lebih kepada campuran masak kari, kurma dan opor....secukup rasa, semua elemen ada,kaya dengan rasa rempah ratus yang diadun sempurna,cukup rasa pedas, masam,masin,lemak semuanya lah!
Selalu dihidangkan kat rumah kenduri, jadi sempena raya ni,apakata jom kita masak untuk tetamu kita pulak dan hidangkan masakan istimewa ni, sesuai dihidangkan bersama Nasi Minyak, Nasi Tomato atau Nasi Beriani,nak makan dengan nasi putih saja pun sedap sangat,jom tengok resepi dan cara masak kat video untuk lebihh faham cara yang betul untuk masak resepi ni beserta tips dan petua dari Dayang okay😉
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci halia
Bahan Utama dan Bahan Lain
1 kg daging segar tempatan
1/2 tin susu cair
3 sb cili kisar
1 biji buah tomato
2 sb minyak sapi
2 senduk minyak masak
3 gelas air
2 sk garam halus
2 pokok daun ketumbar
2 biji cili besar
1 genggam biji gajus
7 sb serbuk rempah biryani
Rempah 4 sekawan
10 biji tomato ceri sebagai hiasan
#masakdaging #masakandaging #resepidayangsuri
Sebarang urusan rasmi boleh hubungi Dayang di alamat emel di bawah
💌 daayangsuri@gmail.com
Ещё видео!