Perang Candu Kedua,adalah sebuah pertempuran yang menemukan Empayar Britain dan Empayar Perancis melawan dinasti Qing dari China, berlangsung daripada tahun 1856 sehingga 1860.
Ia merujuk pada salah satu tujuan taktikal Britain: menghalalkan perdagangan candu, mengembangkan perniagaan kuli, membuka China kepada para pedagang Britain, dan mengecualikan import luar negara daripada cukai transit dalaman.
Perang ini terjadi selepas Perang Candu Pertama. Pada tahun 1842, Perjanjian Nanking—sebuah perjanjian pertama yang kemudian dipanggil China sebagai sebuah perjanjian berat sebelah telah memberi perlindungan dan kelebihan kepada Britain, dengan pembukaan lima buah pelabuhan dan penyerahan Pulau Hong Kong. Kegagalan pernjanjian ini dalam memenuhi tujuan Britain untuk mempertingkatkan perdagangan dan hubungan diplomatik membawa kepada Perang CAndu Kedua (1856–60).
Ещё видео!