Resepi Rendang Kerang Hijau
Bahan Utama
2kg isi kerang (kerang direbus dan buang kulit / beli isi kerang beku)
2 1/2 cawan santan pekat
3 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris halus
2 sudu besar kerisik
1-2 keping asam keeping
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa/gula
Bahan Di Kisar Halus
9 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10-12 biji cili api
2-3 batang cili hijau
5 batang serai
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
Cara Memasak:
1. Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah
minyak.
2. Masukkan santan, kacau dan dibiarkan hingga menggelegak.
3. Masukkan asam keping dan kerisik, dikacau hingga betul betul masak dengan api yang sederhana panas.
4. Bila dah agak pekat masukkan isi kerang, hirisan daun kunyit, daun limau purut, garam dan serbuk perasa/gula. Terus kacau hingga sebati.
5. Rendang kerang tidak perlu dimasak terlalu lama supaya isi kerang tidak mengecut dan keras.
5. Jika sukakan rendang pekat boleh lah masak hingga rendang kering sedikit sebelum ditutup api.
The Story behind:
Bila sebut Rendang mesti ingat Raya! Masakan tradisi turun temurun ini bagaikan wajib dihidangkan ketika menyambut Hari Raya bagi orang Melayu. Kebiasaan nya rendang dimasak bersama daging (juga bahagian dalaman lembu), ayam, itik, kambing, ayam belanda, angsa, rusa, kancil, puyuh dan juga landak. Sekarang ni terdapat berpuluh jenis nama dan cara memasak rendang mengikut negeri/negara. Tapi pada Wan Chu, rendang kerang hijau menjadi kesukaan, sangat sedap cuma dulu jarang dimasak. Teringat masa kecik bila Almarhummah ibu kata kalau nak makan rendang kerang kena kopek kerang rebus!.. Wan Chu pun buat muka sepuloh sen sebab tak suka kopek kerang, apa tak ye nye, lama tu nak mengopeknya, kadang-kadang terkopek kuku ibu jari, jari-jari kecut lah, tangan gatal-gatal lah bukan macam sekarang ada jual isi kerang dah berkopek! Jadi tektik kami dulu, bila beraya rumah saudara, rendang kerang kami habiskan dengan muka selamba …. itu lah penangan rendang kerang hijau.
Speciality:
Resepi rendang kerang hijau memang mudah dan cepat disediakan. Walaupun rendang kerang hijau ni pedas dan boleh didesingkan, tapi ia berkhasiat kerana terdapat berbagai munafaat kesihatan dari kegunaan cili hijau dan cili padi hijau.
Tips:
1. Isi kerang beku yang dibeli dari pasar perlu di rendam lama dan dibilas beberapa kali kerana kerang ini dikopek menggunakan mesin dan akan terdapat serpihan kulit cangkerang halus melekat pada isi kerang.
2. Pastikan cili masak dengan betul hingga pecah minyak sebelum memasukkan santan.
3. Kuah rendang perlu dimasak betul-betul sebelum kerang dimasukkan sebab kerang akan mengecut dan menjadi keras jika dimasak terlalu lama.
Semoga pahala perkongsian resipi ini disampaikan kepada pemilik asal resipi ini. Aamiin.
Facebook Page: Wan Chu Channel
Instagram: [ Ссылка ]
Ещё видео!