[ Ссылка ] - [Video Pendek] SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
USUL DIRAYAT KE-21 – Riwayat-riwayat Berkenaan Nur Muhammad Semuanya Palsu
VIDEO ASAL 1. [ Ссылка ]
2. [ Ссылка ]
ARTIKEL IRINGAN - Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad - [ Ссылка ]
NOTA:
1. Kepercayaan bahawa Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur (cahaya) menimbulkan banyak lagi kepercayaan karut yang lain seperti Nabi Muhammad tidak mempunyai bayang dsb.
2. NABI MUHAMMAD SEBAGAI "NUR" YANG MENERANGI SELURUH ALAM
i. Adalah diakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah "Nur", iaitu cahaya yang menyinari kegelapan kekufuran. Ianya bahasa kiasan dan sama sekali tidak bermaksud Baginda sebagai makhluk pertama dan menjadi punca kepada kejadian seluruh alam. ii. Selain dari Nabi Muhammad s.a.w., "Nur" dalam konteks cahaya yang menerangi kegelapan kekufuran juga digunakan untuk "Agama Islam" dan "al-Quran".
3. KONSEP "NUR MUHAMMAD" BERPUNCA DARI SYIAH
4. PENGARUH SYIAH DALAM KONSEP NUR MUHAMMAD
i. Konsep "Nur Muhammad" ada kaitan dengan konsep "Nur Panjthan" ("Lima Peribadi", iaitu, Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan Dan Hussain) dalam Syiah. Sebagaimana kepercayaan Nur Muhammad yang berpecah-pecah, Nur Panjthan juga berpecah-pecah. Tujuan Syiah ialah supaya umat Islam dapat menerima konsep Nur Panjthan ini bila mereka boleh menerima konsep Nur Muhammad.
ii. Syiah mengatakan Nur Muhammad ini berpecah kepada dua, iaitu kepada Nabi Muhammad dan Saidina Ali. Oleh itu mereka menggelarkan Nabi Muhammad sebagai Ketua Para Nabi dan Saidina Ali sebagai Ketua Para Wali. Mereka ingin mengatakan Saidina Ali adalah sama taraf dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5. KEPERCAYAAN TERHADAP KONSEP NUR MUHAMAD MASIH TEBAL DALAM MASYARAKAT
6. HAKIKAT SEBENAR NUR MUHAMMAD
i. Semua riwayat tentang Nur Muhammad bercanggah dengan hadith yang sahih tentang makhkluk yang pertama yang dijadikan Allah, iaitu qalam
ii. Isi kandungan riwayat-riwayat tentang Nur Muhammad adalah amat tidak masuk akal dan membodohkan umat
EPILOG
Masyarakat kita tidak dilatih untuk berfikir secara kritis menyebabkan kita mundur. Kitab-kitab lama yang songsang ini masih diajar di institusi pengajian tradisional dan malangnya, ada usaha untuk menjadikannya sebagai kitab rujukan ahli sunnah wal jamaah padahal ianya amat bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah.
CONTOH RIWAYAT PALSU (VERSI PERTAMA) [RINGKASAN] Allah berkata kepada segenggam Nur-Nya itu, “Jadilah engkau Muhammad”. Kemudian sesungguhnya Allah membahagikan Nur-Nya itu kepada empat bahagian pula. Daripada bahagian pertama dijadikan-Nya “Lauth” (Luh Mahfuz), daripada yang kedua dijadikan-Nya Qalam. Kemudian daripada bahagian yang ketiga daripada Nur Muhammad itu Allah menjadikan arasy. Bahagian keempat pula dibahagikan kepada empat bahagian. Yang pertama daripadanya dijadikan Akal dan yang kedua dijadikan Ma’rifat dan yang ketiga dijadikan Nur Arasy, Cahaya Penglihatan dan Cahaya Siang. Semua Nur-nur ini adalah daripada Nur Muhammad. Oleh itu Nur Muhammad adalah makhluk yang terawal dari segala-galanya yang dijadikan Tuhan.
Sementara bahagian yang keempat daripada empat bahagian itu pula disimpan di bawah arasy sehingga Allah menjadikan Adam. Kemudian terus berpindah-pindahlah Nur itu daripada seorang lelaki mulia kepada seorang lelaki mulia yang lain dan daripada seorang perempuan yang suci kepada seorang perempuan suci yang lain hinggalah ia sampai kepada sulbi Abdullah bin Abdul Mutalib. Kemudian Allah mengeluarkannya ke dunia lalu dijadikan-Nya penghulu sekelian Rasul dan penyudah sekelian Nabi.
MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF
----------------------------------------------------------------
(SAMBUNGAN NOTA DI RUANGAN PERTAMA KOMEN YOUTUBE).
Ещё видео!