#nasiayam #resepinasiayam #carabuatnasiayam #chickenrice #rice
nasi ayam merupakan nasi yang menjadi kegemaran rakyat malaysia.nasi ayam terdiri daripada beberapa bahagian iaitu nasi, sup,ayam, kuah kicap, sambal dan juga sedikit ulam.saya kongsikan resepi nasi ayam yang paling mudah dan sangat sedap.
resepi penuh boleh layari web berikut
[ Ссылка ]
RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg [ Ссылка ]
BAHAN A (Sup)
1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (ketuk)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 kiub ayam maggie
1 sup bunjut
Sedikit daun bawang (ambil bahagian batang)
Garam dan perasa (jika perlu)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Cara-Cara:
Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga,halia, daun bawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
Masukkan ayam (kalau ada bahagian tulang/kaki/leher) masukkan sekali.Kacau sebentar.Tutup peiuk anggaran 2-3min.Untuk kecutkan ayam (ayam berubah menjadi pucat sedikit)
Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi)
Masukkan sup bunjut,garam dan perasa.Biarkan ayam hingga hampir empuk.
Keluarkan ayam (untuk nasi ayam)tinggalkan bahagian tulang/kaki/leher (jika ada)
Tambah kiub ayam dan sesuaikan rasa Sup sesedap rasa.Tambah air jika kuah nampak berkurangan.Masak hingga ayam (bahagian tulang2) betul2 empuk.
Sup Ayam Dah Siap.Ketepikan sebentar.
BAHAN B (AYAM)
12 ketul ayam (dari Sup)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram (atau secukupnya)
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap pekat (option:kalau nak warna lebih gelap)
Cara-Cara
Gaul rata semua bahan di atas.Perap selama 1/2 jam (dalam peti ais)
Kemudian goreng secara deep fry.Balik-balikkan ayam semasa proses menggoreng supaya ayam masak sekata dan tidak hangus.
Note: Guna api sederhana/kecil sahaja.Goreng sekepaj sahaja sebab ayam dah masak.
BAHAN C (NASI AYAM)
3 cawan beras basmati
4 cawan sup
3 hiris halia
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 helai daun pandan (LiNa Pg habis stok x letak)
1 batang serai
sedikit butter dan minyak
Cara-Cara
Cuci beras basmati, rendam selama 20-30min kemudian toskan.Kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
Panaskan minyak masak dan butter.Tumis serai, bahan tumbuk dan halia hingga naik bau (tak perlu garing)
Masukkan beras dan gaul rata.Masukkan sup (bergantung jenis beras)
Masak seperti biasa (LiNa Pg guna rice cooker jer) Selepas nasi masak, gembur-gemburkan nasi.Nasi Ayam sedia dihidang.
BAHAN D (KUAH KICAP)
1 ulas bawang putih (cincang)
Lebihan perapan ayam (lepas goreng ayam jangan buang bahan perapan)
1 cawan sup
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
Bancuhan tepung jagung (1 sudu kecil+air)
Sedikit minyak (anggaran 1 sudu besar)
Cara-Cara
Panaskan sedikit minya, tumis bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan lebihan perapan ayam tadi.Masukkan sup ayam
Masukkan sos tiram, masukkan kicap pekat (untuk warna lebih gelap)Kalau tak ada boleh skip jer.
Masukkan bancuhan tepung jagung.Tips supaya kuah kicap nampak pekat sedikit.
Reneh sekejap hingga kuah nampak pekat.Sesuaikan rasa (tambah garam+perasa jika perlu)Kalau sup sesedap rasa.Tak perlu tambah apa-apa dah.
Kuah Kicap dah siap.
BAHAN E (SAMBAL NASI AYAM)
1 ulas bawang putih (blend)
1 ulas bawang merah (blend)
1 biji tomato (buang biji-blend)
5 biji cili merah (blend)
1 cawan sup
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
Garam dan gula/perasa (jika perlu)
Cara-Cara
Kisarkan bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah bersama 1 cawan sup.
Masukkan ke dalam periuk kecil.
Masukkan sos cili, cuka dan masak sekejap di atas api hingga nampak pekat.Sesuaikan rasa tambah gara dan gula/perasa jika perlu.
Sambal Nasi Ayam Dah siap.
nasi ayam
nasi ayam simple
nasi ayam sedap dan mudah
Resepi Nasi Ayam
Chicken Rice Recipe
Cara Mudah Buat Nasi Ayam
Resepi Nasi Ayam Simple
mudahnya buat nasi ayam
nasi ayam simple
nasi ayam mudah
chicken rice recipe
Easy chicken rice
nasi ayam recipe
resep nasi ayam
nasi ayam malina lina pg
cara buat nasi ayam paling simple dan sedap
nasi ayam mudah dan sedap anti gagal
resepi nasi kerabu terbaik
[ Ссылка ]
Sos Tiram Maggie
Kicap Manis Habhal
Periuk Shogun Granite
Dapur Portable Gas Cooker Pensonic
How To
Recipe
Resepi
Cara Buat
Jom Masak
Please Subscribe My YouTube Channel
[ Ссылка ]
Full Recipe visit my blog
[ Ссылка ]
Follow My IG
[ Ссылка ]
FB Pages
[ Ссылка ]
For business inquiry/Advertorial/Sponsorship/Event contact us via email
malina_wida@yahoo.com.my
Ещё видео!