Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah atau SARA sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024.
Jadi, dalam video ini, kami nak kongsi cara mudah untuk semak status kelayakan bantuan SARA secara online di telefon masing-masing.
Pertama sekali, anda perlu layari portal Semakan Status SARA di pautan [ Ссылка ].
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Jangan lupa Subscribe atau Follow Ali Gajet untuk pelbagai lagi info terkini dan tutorial.
Website: [ Ссылка ]
Facebook: [ Ссылка ]
TikTok: [ Ссылка ]
#sara #bantuansara #sara2024 #mykasih #Sumbanganasasrahmah #str2024 #sumbangantunairahmah2024
Ещё видео!