Shaidi Mohmad Zin bermula sebagai kakitangan PETRONAS dan melangkah setapak demi setapak sehingga menjadi rakan niaga PETRONAS yang berjaya. Impiannya untuk mengurus Stesen PETRONAS menjadi kenyataan setelah 10 tahun berusaha dengan gigih mendalami selok-belok perniagaan. Kini beliau mengusahakan stesen PETRONAS Pengkalan Utama di Ipoh, Perak.
Sebagai anak Malaysia, Shaidi membuktikan bahawa jika ada kemahuan serta azam yang kuat, pasti ada jalan untuk menggenggam kejayaan. Beliau turut meniup harapan pada kakitangan PETRONAS yang lain agar terus berusaha memburu kecemerlangan.
#ceritakita #selamatharikebangsaan #selamatharimalaysia
Ещё видео!