Insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran Jalan Genting - Banting Kali berlaku pada awal pagi Jumaat 16 Disember 2022.
Pihak Bomba yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi, telah menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands ke lokasi kejadian.
Menurut laporan KPKT setakat tengah hari ini, daripada 94 mangsa terlibat, 61 disahkan selamat dan 16 mangsa meninggal dunia.
Namun, bilangan korban dijangka terus meningkat berikutan 17 mangsa masih tidak ditemui.
Ещё видео!