Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam memang tiada di negeri lain. Rugi siapa yang bercuti ke Melaka tetapi tak singgah di Muzium Kapal Selam ( submarine museum ) yang terletak di Kompleks Pelancongan Klebang & hanya beberapa minit dari Pantai Rekreasi Klebang. Harga tiket masuk pun murah dan akses nak ke sini dari Bandaraya Melaka pun mudah & dekat.
Untuk makluman, destinasi ini merupakan sebuah kapal selam sebenar yang dahulunya dikategorikan sebagai kapal selam penyerang. Kini ianya telah dibuka menjadi sebuah muzium & salah satu tarikan pelancongan di Melaka sejak tahun 2012.
Harga tiket & waktu operasi Muzium Kapal Selam Melaka
harga tiket muzium kapal selam melaka
Harga tiket untuk melawat Muzium Kapal Selam sangat berpatutan dan sama murah dengan kebanyakan muzium-muzium di Melaka yang lain.
Dewasa: RM 5.00 / seorang
Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM 2.00 / seorang
Kanak-kanak (bawah 6 tahun) : percuma
Waktu operasi Muzium Kapal Selam:
Isnin- Khamis: 9.00 am – 5.00 pm
Jumaat – Ahad: 9.00 am – 6.30 pm ( Jumaat rehat waktu 12.15 pm – 2.45 pm )
Kemudahan untuk pengunjung:
Parking kereta percuma
surau
tandas
gazebo
sub cafe (akan dibuka)
sistem penghawa dingin dalam kapal selam
Saiz muzium ini super besar
muzium kapal selam melaka
Sebaik membeli tiket masuk di kaunter dan masuk melalui gate utama, anda sudah dapat menyaksikan kawasan hadapan kapal selam atau namanya SMD Quessant yang terletak di tepi sebuah padang rumput yang sangat lapang. Sebaik melalui ke sisinya, anda tentu kagum melihat saiznya kira-kira 70 m yang lebih panjang dari Muzium Kapal Samudera.
Bermacam-macam perkara bermain di kepala tentang teknologi & keupayaan sebuah kenderaan yang sebegini besar boleh menyelam di lautan sehingga 300 meter dalamnya. Hal ini pasti akan membuatkan mereka yang belum ada pengalaman masuk ke dalam kapal selam terutamanya kanak-kanak makin teruja nak melihat keadaan sebenar di dalamnya.
Taklimat penerangan kapal selam
apa menarik di submarine museum melaka
Sebelum menaiki tangga menuju ke ruangan dalaman kapal selam ini, pengunjung disarankan untuk ke ruangan bawah kapal selam ini yang menempatkan informasi penting serta paparan video ringkas tentang kapal selam ini seperti sejarah perjalanannya, keadaan semasa diangkut ke darat & sebagainya. Dalam video ini ada juga menunjukkan barge (kapal) & kren gergasi yang digunakan untuk mengangkut kapal selam yang besar ini.
Muzium yang besar di luar kecil di dalam
muzium menarik melaka kapal selam
Kenyataan besar di luar kecil di dalam mungkin bukan satu benda yang positif nak digambarkan. Namun itulah hakikatnya keadaan kapal selam di muzium ini yang pernah menjadi tempat tinggal kelasi-kelasi kapal yang menyelam di dasar lautan. Keselesaan untuk tinggal di dalam kapal selam bukanlah semewah di dalam hotel.
Pengunjung perlu menaiki tangga yang disediakan di bahagian depan kapal selam ini yang merupakan ruangan pelancaran peluru torpedo. Sekiranya buat lawatan ke Muzium Kapal Selam ini dengan kanak-kanak, sila awasi mereka di bahagian ini kerana tiada pagar di platform laluan yang sempit ini.
Tempat pelancaran peluru berpandu
submarine-museum-in-malacca-compressor
ruangan pelancaran torpedo
Memang sangat best dapat melihat keadaan yang real di dalam sebuah kapal selam terutamanya di bahagian pelancaran torpedo. Terdapat beberapa laras tempat mengisi torpedo yang di sekelilingnya mempunyai begitu banyak paip-paip, skru-skru sehingga pening melihat keadaannya. Tidak boleh nak bayangkan bagaimana agaknya tentera-tentera laut dahulu memasukkan peluru berpandu ke dalam tempat pelancaran ini dalam ruangan yang sangat terhad.
Jangan mewah janji ada fungsi
tempat menarik pantai klebang melaka
Ruangan dalaman Muzium Kapal Selam ini yang menjadi tempat lawatan pengunjung tidaklah terlalu besar & mungkin mengambil masa 3-4 minit untuk lihat kesemua ruangan seperti galley,kabin krew, tempat mengemudi kapal, bilik tidur pegawai, tandas, dapur dan sebagainya. Secara keseluruhannya, ruangan-ruangan yang menjadi fungsi kepada kapal selam ini memang sempit & meminimumkan saiz supaya ‘hanya cukup pakai’ seolah-olah adalah prinsip untuk membina ruangan dalaman sebuah kapal selam.
Sistem kapal selam analog
muzium pantai klebang melaka
Memandangkan kapal selam SMD Quessant ini dibina tahun pada 70 an lagi maka sistem kawalan semua unit di dalamnya adalah jenis analog. Anda boleh lihat sendiri dari ruangan Main Control Centre yang banyak menempatkan meter-meter bacaan variable penting seperti tekanan, suhu & sebagainya yang menjadi panduan kepada kelasi tentang parameter-parameter penting ketika di bawah permukaan air. Kapal selam ini memang telah lama berkhidmat bermula di Perancis sebelum dibeli oleh Tentera Laut Diraja Malaysia untuk dijadikan kapal latihan.
Ещё видео!