IPOH, 5 Dis -- Jalan Chikus di Langkap, Teluk Intan dekat Tanah Perkuburan Attaduri terpaksa ditutup sepenuhnya sejak semalam selepas separuh daripada laluan itu putus akibat banjir yang melanda daerah Hilir Perak sejak Ahad lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata panjang laluan yang putus dalam insiden kira-kira pukul 10 pagi semalam adalah 100 meter.
"Menurut Jabatan Kerja Raya Seksyen Langkap, jalan itu terputus akibat limpahan air Sungai Batang Padang berikutan banjir yang melanda," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Berita Penuh: [ Ссылка ]
Ещё видео!