Melaka belum benarkan perkhidmatan gunting rambut, pasar malam beroperasi semula..
[ Ссылка ]
MELAKA: Melaka belum bersedia membenarkan perkhidmatan menggunting dan mendandan rambut serta kecantikan, pasar pagi terbuka, pasar malam serta bazar ria kembali beroperasi pada tarikh yang diumumkan kerajaan persekutuan pada 10 dan 15 Jun ini. Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata ini kerana kerajaan negeri akan meneliti terlebih dahulu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana negeri itu juga mempunyai SOP sendiri. Beliau berkata pembukaan sektor ekonomi, khususnya pasar pagi, terbuka, malam dan bazar ria akan melibatkan kumpulan yang besar pada satu-satu masa, justeru perlu dirancang dan dilaksana secara terperinci agar wabak COVID-19 dapat dikekang. "Kedua-dua SOP ini akan diteliti dalam mesyuarat bersama MKN serta Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 dan akan diumumkan dalam masa terdekat. "Kita faham dan simpati dengan situasi peniaga sektor ini namun pada masa sama kepentingan atau keselamata ...
Ещё видео!