Lapan Pakej Bantuan dan Rangsangan Ekonomi yang telah diperkenal kerajaan sejak pandemik mula melanda negara awal tahun lalu melibatkan nilai keseluruhan RM530 bilion.
Untuk tahun lepas sahaja, pakej yang dilaksana berjumlah RM305 bilion atau 22.7% daripada KDNK Negara.
Ia merupakan antara kadar terbesar berbanding pakej rangsangan ekonomi negara lain seperti Indonesia, Amerika dan Korea Selatan.
Tahun lalu, kerajaan memperkenal Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan Kita PRIHATIN.
Pada suku pertama tahun ini, dua pakej rangsangan ekonomi diperkenal.
Pada Januari, Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.
Sementara Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA pula bernilai RM20 bilion pada Mac.
Dua bulan kemudian, rakyat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiatif dalam PEMERKASA Tambahan berjumlah RM40 bilion.
Pakej terbaharu, iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) baharu saja diumumkan bulan lalu.
Sumber : Berita RTM
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
Ещё видео!