Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) menegur mana-mana ahli-ahlinya yang mengeluarkan kenyataan sehingga menghina Yang di-Pertuan Agong, berkait keputusan pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, mereka juga perlu menggesa individu berkenaan memadam atau menurunkan tulisan berkaitan di media sosial serta meminta membuat permohonan maaf.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno menyifatkan, kenyataan dikeluarkan individu berkenaan bukan pendirian rasmi partinya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Menteri kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kuala Lumpur, hari ini.
Wartawan: Nyna Rauf (farina.rauf@thestar.com.my)
Videografer/Visual Editor: Raja Amir (raja.amir@thestar.com.my)
Penerbit: Liza Hasan (lizahasan@thestar.com.my)
LIKE, FOLLOW, SUBSCRIBE! @majoritiofficial
[ Ссылка ]
Berita terkini di: [ Ссылка ]
Media Sosial:
FACEBOOK: [ Ссылка ]
INSTAGRAM: [ Ссылка ]
TIKTOK: [ Ссылка ]
TWITTER: [ Ссылка ]
TELEGRAM: [ Ссылка ]
LINKEDIN: [ Ссылка ]
#majoritiofficial #malaysia #beritaterkini #zahidhamidi
Ещё видео!