Hasil ladang Duriotourism Kuala Kangsar dijual secara dalam talian..
[ Ссылка ]
KUALA KANGSAR: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perak menyediakan pakej jualan buah-buahan secara dalam talian hasil dari ladang Duriotourism miliknya di sini, bermula Isnin depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Perak Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata usaha itu dibuat kerana orang ramai tidak dibenarkan berkunjung ke Duriotourism Kuala Kangsar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19. Beliau berkata pihaknya menerima nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara supaya tidak membuka Duriotourism kepada orang ramai untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan di ladang itu. "Sebagai alternatif, kita mengadakan jualan secara dalam talian dan pembeli boleh memilih untuk mengambil tempahan sama ada di Duriotourism Kuala Kangsar atau di MARDI, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Duriotourism Kuala Kangsar ...
Ещё видео!