Jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu, pastikan anda tidak lepaskan peluang melawat ke Kampung Cina Kuala Terengganu. Kedudukannya berada di Jalan Bandar berhampiran dengan muara Sungai Terengganu dan bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang yang terkenal sebagai tempat jualan kain songket, batik Terengganu dan makanan tempatan.
Apa yang menarik di Kampung Cina Kuala Terengganu? Antara yang menarik di sini ialah lorong-lorong bangunannya yang antik dan dihiasi dengan gambar-gambar ukiran menarik termasuklah lukisan dinding 3D dan hiasan unik yang berbeza-beza pada setiap lorong.
#OM2
#CHINATOWN
#TERENGGANU
Ещё видео!