210009 Bicara Niaga: Ternak Lembu Di Tiktok | Anak Muda Bera Inspirasi Usahawan Belia
Media sosial sangat popular dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Ia juga turut dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan sebagai medium mencipta “branding” atau produk serta bakat yang tersendiri, unik dan kreatif. Dengan modal permulaan berjumlah RM10,000, Ridzuan Khalid atau lebih dikenali di akaun TikTok @sirladang, kini memiliki 15 ekor lembu baka KK Cross dan Brahman.
Anak kelahiran Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang ini juga merancang untuk memperbesar kandang dan menambah bilangan lembu sehingga 30 ekor. Dalam tempoh 5 tahun, beliau juga merancang untuk mengembangkan penternakan serta menjadi pembekal daging segar di pasaran. Dalam masa yang sama, beliau juga turut menonton video di Youtube untuk menambah ilmu pengetahuan dan belajar dengan lebih mendalam mengenai perternakan.
Tiktok menjadi platform untuk berkongsi content dan menambah kenalan serta membina networking dalam bidang tersebut. Content Tiktok juga bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang perternakan.
Usaha Ridzuan Khalid ini telah membuktikan bahawa Pendidikan tinggi dan kerjaya bukan penghalang untuk menceburi bidang pertanian atau perternakan.
Oleh: MUHAMMAD FAZLI OTHMAN
Ещё видео!