Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan reservasi ke atas Artikel 9(2) Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) berkaitan hak kewarganegaraan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata ia selari dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan dasar sedia ada kerajaan berkaitan taraf kewarganegaraan.
Beliau menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan Cadangan Umum Jawatankuasa CEDAW No.34 untuk memastikan wanita mempunyai hak kewarganegaraan sama rata.
Menjawab soalan tambahan, Ismail berkata, kewarganegaraan bagi anak pasangan wanita tempatan dan lelaki warga asing yang berkahwin secara teratur dan diiktiraf serta dilahirkan di luar negara akan mengikut taraf kerakyatan bapanya.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!