Laksa Johor merupakan makanan tradisi orang2 Johor dan dimakan bersama spaghetti instead of laksa beras. Resepi laksa Johor ni adalah resepi turun temurun keluarga kak Zie belah arwah ayah. Mak Kak Zie belajar dari kakak ipar dia yang belajar dari mak dia (nenek Kak Zie ler tu), kemudian dia turunkan resepi ni pada Kak Zie.
Kalau keluarga kami masak laksa ni, kami gunakan bahan-bahan premium seperti ikan parang atau ikan tenggiri, ikan kurau masin yang kita semua tahu harganya agak mahal di pasaran. Alaaa..kita nak makan sendiri, kan, keluarkan duit lebih sedikit, apa salahnya...kan. Shekali shekala jer. Kalau rasa tak nak gunakan ikan premiun tadi, boleh jer gunakan ikan kembung. Ikan kembung jer tau!! Jangan guna ikan lain sebab tak berapa nak sedap rasanya nanti.
BAHAN-BAHAN
1 kg ikan parang (atau ikan tenggiri atau kembung)
100 gm udang kering
100 gm ikan kurau masin
Segenggam asam jawa (perah airnya untuk direbus bersama bahan di atas)
BAHAN TUMIS
200 gm bawang merah atau bawang besar
100 gm bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
10 batang serai
15 biji cili kering (letak lebih kalau nak lebih pedas)
150 gm rempah laksa Johor (kalau tak de, gunakan serbuk kari)
100 gm kerisik
1 liter santan pekat
Air mengikut kepekatan kuah yang kita mahu
1/2 gula Melaka (Kak Zie guna Sweetality dalam video ni)
2 kiub ayam
Garam secukup rasa
4 asam keping (hanya guna kalau kuah tak cukup balance masamnya bersama santan)
CONDIMENTS
Taugeh segar
Timun
Limau kasturi
Lobak masin (caipoh)
Daun selasih (hiris halus)
Daun kesum (hiris halus)
Sambal belacan
Spaghetti
#laksa #laksajohor #spaghetti #hariraya #pravitha
![](https://s2.save4k.org/pic/mYqP6flrE1o/maxresdefault.jpg)