Datuk Seri Dr S Subramaniam diisytihar Presiden MIC yang baharu selepas beliau tidak dicabar calon lain apabila tempoh pencalonan pemilihan jawatan presiden ditutup pada jam 6.30 petang tadi.
Pengesahan Datuk Seri Dr. S Subramaniam sebagai presiden baharu MIC diumum Pengerusi Jawatankuasa pemilihan Presiden MIC, Datuk B Sagadevan, pada satu sidang media di ibu pejabat MIC.
Bekas presiden, Datuk Seri G Palanivel juga tidak hadir pada proses penamaan bagi pemilihan jawatan nombor satu parti itu biarpun berlaku kekecohan membabitkan penyokongnya dan penyokong Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Ещё видео!