1 Mei - Ketika berucap merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 di Jitra, Perdana menteri menyelar tindakan pihak tidak bertanggung jawab, menganjurkan perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, GST di ibu negara.
Jelas beliau, GST mampu menjamin masa depan negara dengan hasil yang lebih mantap.
Justeru, rakyat diminta memahami nawaitu kerajaan dalam melakukan perubahan dan transformasi kerana kerajaan mempunyai rasional yang kukuh.
" Ini pengertian yang harus disedari..tak boleh hentikan perubahan.. Kena diteruskan..kalau tak berubah maka kita akan berdepan himpitan ekonomi dan membawa kesusahan dan derita pada rakyat. Kerajaan mahu lakukan perubahan dan transformasi walaupun dipandang sebagai sesuatu yang tak patut dan tak perlu
dilakukan" Perdana Menteri.
Negara sudah berada pada landasan yang betul dengan kadar pertumbuhan sederhana tinggi iaitu 4.7 peratus tahun lalu dan dijangka lebih tinggi tahun ini.
Untuk lebih mantap dan berjaya, penjawat awam, pekerja swasta, dan majikan perlu menjadi satu ramuan kombinasi yang membolehkan negara mencapai hasrat menjadi negara maju.
Ещё видео!