Pada 31 Mei 2022 bersamaan 30 Syawal 1443, Kesukep Pahang menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Perkarangan Wisma Sri Pahang. Semua Bahagian dan Unit dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terlibat dengan menyediakan pelbagai juadah makanan yang sedap dan gerai-gerai pula didekorasikan dengan kreativiti masing-masing. Tetamu VVIP semestinya Menteri Besar kesayangan kita, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang turut menyampaikan sebuah lagu sambil diiringi pemuzik dari SUK sendiri.
Ещё видео!