SERAMAI 13 mangsa banjir membabitkan lima keluarga daripada tiga kampung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Teluk Intan, hari ini. Jurucakap Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hilir Perak berkata, tiga kawasan terjejas banjir ialah Batu 8, Lorong Kedah dan Lorong Sidang Osman di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan. Menurutnya, PPS yang dibuka pada 7 malam menempatkan tiga lelaki dewasa, lima wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan. "Banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak semalam menyebabkan paras air naik setinggi 0.1 meter. "Lokasi rumah penduduk yang terjejas berada di kawasan rendah yang menyebabkan ia mudah dinaiki air," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, paras air Sungai Bidor didapati setinggi 3.54 meter, setakat 8 malam ini. Katanya, berkemungkinan ada penduduk lain yang akan dipindahkan ke PPS kerana paras ...
Ещё видео!