Peniaga wanita didakwa di Mahkamah Tinggi, di Kuala Terengganu, pada 21 Oktober, atas tuduhan membunuh rakan kongsinya yang juga warga emas, November tahun lalu.
Tertuduh, Nooraini Remali,36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.
Mengikut pertuduhan, Nooraini didakwa menyebabkan kematian warga emas, Norzihan Abd Karim ,65, di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23 Kuala Berang, Hulu Terengganu antara jam 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 November tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
Ещё видео!