Datuk Seri Ismail Sabri Ismail Yaakob berkata, keputusan berkaitan cadangan untuk membubarkan Parlimen akan dibincangkan dalam kalangan lima pimpinan tertinggi atau 'Top Five' UMNO.
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, berkata, ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
"Saya akan bawa kepada 'Top Five' untuk membincangkan perkara ini. Selepas 'Top Five' kita akan bawa dalam MKT untuk bincang bersama-sama.
"Kita mahu BN jadi parti dominan semula. Jadi kalau kita yakin dengan kemenangan, kita tidak akan tunggu walau satu saat pun untuk membubarkan Parlimen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15," katanya.
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy
Ещё видео!