#vitaminc #nutrition #nutrisi #buahbuahan #buah
Vitamin C adalah sangat penting kepada sistem tubuh. Oleh itu tubuh memerlukan sumber makanan tinggi vitamin C setiap hari.
Ia menjalankan pelbagai peranan dan fungsi penting untuk memelihara serta mengekalkan kesihatan tubuh kita.
Malangnya, manusia tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin C dari dalam tubuh.
Ini bermakna sumber bekalan vitamin C kita yang utama hanyalah boleh diperolehi daripada sumber pemakanan harian, selain suplemen dan kaedah perubatan.
Terdapat banyak makanan semulajadi yang boleh membekalkan sumber vitamin C, seperti buah -buahan dan sayuran.
Kekurangan vitamin C dalam tubuh adalah sangat bahaya bagi jangkamasa panjang dan boleh menyebabkan kesan buruk kepada tahap kesihatan.
Ini termasuklah kesan mudah dijangkiti virus, luka lambat sembuh, masalah pendarahan gigi & gusi, lemah sendi & tulang, cepat letih dan pelbagai lagi.
Jika anda ada masalah untuk mendapatkan sumber vitamin C semulajadi, video ini dapat memberi informasi 30 antara 200 senarai makanan yang tinggi vitamin C.
-~-~~-~~~-~~-~-
Please watch: "(2) Kalori Makanan Popular Rakyat Malaysia : Kuih Muih dan Pencuci Mulut "
[ Ссылка ]
-~-~~-~~~-~~-~-
Ещё видео!